
Kita biasa menggunakan kunyit sebagai penyedap rasa dalam masakan.
Namun, tidak ramai mengambil tahu khasiat sebenar kunyit selain fungsinya menyedapkan makanan.
Kunyit merupakan herba popular yang menjadi kegemaran dalam pelbagai masakan, tetapi ia merujuk kepada kunyit biasa. Ini berbeza dengan satu lagi spesies kunyit yang dinamakan kunyit hitam.
Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini kerana khasiatnya kepada kesihatan manusia.
Seperti kunyit biasa, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional.
Malah, ada yang mendakwa ia membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan. Itu semua seperti yang didakwa.
Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diketuai oleh Dr. Zuraida Ab. Rahman menjalankan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.
Beliau merupakan Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi berkata, kajian pembangunan produk R&D kumpulan penyelidik dari MARDI dengan kerjasama Syarikat Black G Sdn. Bhd. berjaya menghasilkan produk daripada kunyit hitam.
Produk ini telah dipasarkan dengan jenama Black G Nutrima oleh MARDI.
Menurut Dr Zuraida, daripada kajian pembangunan produk di MARDI, bahan aktif yang bernilai tinggi iaitu methoxyflavone merupakan komponen utama yang terdapat dalam kunyit hitam. Bahan aktif yang paling tinggi adalah 5,7-dimethoxyflavone telah dijadikan sebagai standard marker iaitu penanda dalam setiap penghasilan produk.
Ini kata beliau, bertujuan memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dengan bahan aktif yang stabil dan mengikut standard yang ditetapkan.
“Kestabilan produk juga dijaga dengan memastikan kehadiran methoxyflavone pada dos yang selamat dan berkesan,” ujarnya.
Di samping itu, produk yang dihasilkan juga bebas daripada mikroorganisme dan logam berat atau berada pada paras yang selamat dan dibenarkan oleh Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam kunyit hitam bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit.
Dengan itu, berdasarkan kajian sangat ditekankan bahawa produk standardized dengan kehadiran bahan aktif yang optimum memainkan peranan yang sangat penting bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan sesuatu produk yang dihasilkan.
Hasil daripada R&D dan inovasi, produk yang berasaskan kunyit hitam ini telah menerima banyak anugerah.
Antaranya pengiktirafan daripada Pameran Reka Cipta
Antarabangsa (SIIF) 2018,
Pameran Teknologi Inogasi dan Reka Cipta Antarabangsa (ITEX) 2018 dan Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) dan MSTE 2017 (Mardi Science and Technology Exhibition)… Sumber Utusan Online
27 Manfaat kunyit hitam
- Anti oksidan yang baik (anti oksidan dalaman).
- Mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala/perut, meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan bekalan darah ke se-sel otak.
- Membantu mengimbangi tahap hormon, mengawal haid dan meningkatkan daya hidup bagi wanita, namun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada individu.
- Aktiviti aprodisiah (meningkatkan keinginan seksual, motivasi seksual dan prestasi seksual).
- Anti kanser.
- Antiplasmodial (mencegah malaria atau denggi) antikulat dan anti mikrobakteria sederhana.
- Aktiviti adaptogenic dan kesan anti kemurungan (meningkatkan daya tahan terhadap spektrum luas faktor berbahaya (tekanan) yang sifat fizikal, kimia dan biologi berbeza.
- Penyakit keradangan yang berkaitan: gout, alahan/alergi, ulser apthous dan ulser peptik.
- Aktiviti anti alergi.
- Kesan anti-gastrik ulser.
- Kesan anti-obesiti.
- Mencegah diabetik, paras glukosa darah yang rendah.
- Peningkatan aliran darah.
- Aktiviti anticholinesterase (mencegah dan penawar penyakit Alzheimer).
- Mengawal gula dalam darah dan peredaran darah, meningkatkan peredaran darah.
- Meningkatkan libido, nafsu.
- Meningkatkan daya tahan dan daya hidup.
- Meningkatkan kekuatan dan tenaga, mengurangkan keletihan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Mengurangkan trigliserida.
- Kesan sindrom anti-metabolik.
- Recoveri daripada sensitiviti sejuk yang berlebihan dan bengkak.
- Meningkatkan kekuatan otot.
- Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan.
- Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir.
- Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus.
- Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah.
Setiap dari kita memang sentiasa memastikan untuk memiliki tubuh yang sihat juga kehidupan yang sihat dan sejahtera. Sesiapa yang berhajat untuk membeli kunyit, boleh tinggalkan contact number untuk sweetkurma hubungi…. atau email sweetkurma atau PM di page kedaikaksiti.com.
Salam Harmoni 💚